VISI-MISI DAN MATLAMAT STRATEGIK

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan Visi-Misi dan Matlamat Strategik sebagai landasan hala arah tuju Jabatan.  Ini adalah pembaharuan yang boleh membantu serta mengalakkan peningkatan perkhidmatan Jabatan.  Ianya telah dilancarkan pada 23 Jun 2001 bertempat di Dewan Kyoto, Bangunan Ibu Pejabat.

VISI

"Memartabatkan JKED melalui kualiti, profesionalisme dan keiltizaman berfokuskan kecemerlangan pemedulian pelanggan."
 

VISI

"Memasti kutipan hasil dan pelaksanaan khidmat perkastaman berkesan, bertanggungjawab, bersih, telus, dan mudah sekaligus mendukung pertumbuhan ekonomi tanpa menjejaskan pematuhan perundangan dan peraturan-peraturan Negara."

 

VISI

  1. Mengemaskinikan perundangan, peraturan, prosidur dan teknik kastam selaras dengan praktis antarabangsa.

  2. Menggalakan perkembangan serta meningkatkan kualiti tenaga kerja.

  3. Meningkatkan kemahiran pengurusan, mutu disiplin dan etika kerja.

  4. Memastikan secara berterusan perkhidmatan kastam yang berkualiti dihulurkan kepada semua pelanggan.

  5. Mempromosi pembaharuan inovatif yang selaras dengan wawasan Perkhidmatan Awam serta dasar negara.

  6. Meningkatkan kemahiran dan penggunaan teknologi kearah kecemerlangan.


    Prestasi Pencapaian Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) (2001-2003)
    Perancangan JKED (2004-2006)

    2 slides dalam bentuk PDF (15kb)
    (klik PDF dan setelah slide pertama keluar tekan PgDn untuk melihat slide kedua)