PROSEDUR KASTAM

 

·         PENDAHULUAN

·         TEMPAT-TEMPAT MASUK/KELUAR DAN PENDARATAN YANG SAH

·         CUKAI-CUKAI KASTAM

·         PEMERIKSAAN BARANG-BARANG

·         IMPORT & EKSPORT

·         LARANGAN DAN SEKATAN BAGI IMPORT DAN EKSPORT

·         LESEN ATAU PERMIT IMPORT/EKSPORT

·         PELEPASAN KASTAM

·         KONSESI KEPADA PENUMPANG

·         BARANG BARANG TRANSIT

 

 

1  PENDAHULUAN

 

     Maklumat-maklumat ringkas mengenai Peraturan dan prosedur Kastam ini bertujuan untuk membantu golongan peniaga atau sesiapa yang berhasrat untuk berurusan dengan Jabatan kastam dan Eksais Diraja. Jika golongan peniaga atau orang ramai yang masih merasa ragu terhadap prosidur dan peraturan-peraturan kastam yang berkuatkuasa pada masa ini, dinasihatkan untuk menguhubungi Jabatan Kastam atau mana-mana cawangan Kastam bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

 

 

2        TEMPAT-TEMPAT MASUK/KELUAR DAN PENDARATAN YANG SAH

 

        (I)  Melalui Udara

 

a       Lapangan Terbang Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam

a       Brunei Shell Air Strip
 

        (II)  Melalui Laut

 

a     Pelabuhan Muara

a     Terminal Feri Serasa

a     Pos Kawalan Putat

a     Dermaga Belait

 

        (III)    Melalui Darat

 

a     Pos Kawalan Kastam Sungai Tujuh

a     Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah

a     Pos Kawalan Kastam Puni

a     Pos Kawalan Kastam Labu

 

 Keatas

3   CUKAI-CUKAI KASTAM

 

(a)    Setiap barangan bercukai yang diimport ke Negara Brunei Darussalam adalah tertakluk kepada Perintah Cukai Import Kastam yang berkuatkuasa pada masa ini.

 

(b)    Tarif Keutamaan Sama Rata ASEAN (CEPT) boleh diberikan kepada pengimport menurut kelayakan yang diberikan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama (MIPR).

 

(c)    Sebahagian besar cukai import yang dikenakan berasaskan kepada kadar “Ad Valorem” dan sebahagian kecil sahaja kadar cukai berasaskan kadar “Specific”. Kadar “Ad Valorem” ialah kadar peratus yang dinilai dari harga barangan seperti 20%, manakala kadar “Specific” pula adalah kadar harga yang dikira dari jumlah berat atau kuantiti seperti $60. per Kg. atau $220 per tonne.

 

(d)    Penentuan bagi perjenisan (classification) barangan yang diimport sama ada bercukai atau tidak adalah berpandukan kepada Brunei Trade Classification iaitu Harmonised Commodity Description and Coding System, versi 1996.

 

(e)    Negara Brunei Darussalam tidak mengenakan sebarang cukai eksport bagi pengeksportan barangan dari negara ini sejak tahun 1973. Ianya adalah bagi menggalakan perusahaan tempatan.

 

 Keatas

4        PEMERIKSAAN BARANG-BARANG

 

          i)    Lazimnya pemeriksaan akan dilakukan keatas sesuatu konsinmen iaitu dari kadar minima 10% sehingga kepada tahap pemeriksaan menyeluruh (bergantung kepada keadaan dan arahan tertentu keatas barangan tersebut).

 

         ii)   Pemeriksaan dijalankan juga disaksikan oleh pengimport atau wakilnya. Pengimport atau wakilnya juga bertanggunjawab untuk membuka, membungkus semula, menyusun atau menanda barangan tersebut dan mana-mana tindakan yang munasabah diarahkan oleh Pegawai Kastam yang bertugas.

 

        iii)   Pemeriksaan dijalankan di Pelabuhan mengimport / mengeksport atau tempat yang dibenarkan oleh Pengawal Kastam. Jika pengimport atau wakilnya memohon barangan mereka diperiksa diluar waktu berkerja mereka hendaklah membayar Kerja Lebih Masa kepada Kastam.

 

        iv)           Pemeriksaan dilakukan dengan memuaskan hati Pegawai Kastam yang bertugas.

 Keatas

 

5         IMPORT  & EKSPORT

 

5.1      Barang-barang yang dibolehkan import & eksport

 

Semua barang-barang boleh diimport atau dieksport kecuali barang-barang yang tergolong dibawah Bab 28 Akta Kastam 1984 iaitu barang-barang tegahan, sekatan dan kawalan.

 

5.2      Perlukah setiap barangan import & eksport diikrarkan kepada Kastam ?

 

Setiap barangan yang diimport/eksport perlu diikrarkan ke Jabatan Kastam menggunakan borang deklarasi kastam kecuali barang-barang berikut;

 

a     Barang-barang penumpang yang dibawanya sendiri atau yang digunakan sendiri sewaktu ketibaan penumpang berkenaan.

a     Barang-barang yang didatangkan melalui pos kecuali barang-barang bercukai.

 

5.3      Siapakah yang berkelayakan untuk mengikrarkan barang-barang yang diimport ?

 

a     Pemilik

Pemilik juga disebut sebagai pengimport atau pengeksport berkelayakan untuk mengikrar barang-barang import /eksport kepada Jabatan Kastam.

 

a     Wakil

Pemilik juga boleh memberi kuasa kepada agen atau forwarder sebagai wakil mereka dalam pengikraran.

 Keatas

5.4      Apakah syarat yang melayakkan pengimport/pengeksport untuk berurusan dengan Jabatan Kastam?

 

5.4.1           Pendaftaran Trader atau agen ID  

 

a     Setiap syarikat atau agen/forwarder dimestikan untuk mendaftar ke Jabatan Kastam bagi membolehkan mereka membuat sebarang urusan dengan Jabatan Kastam.

 

a     Pendaftaran bagi orang-orang persendirian tidak dimestikan, bagaimanapun mereka dinasihatkan untuk menggunakan khidmat agen-agen Kastam (forwarders).

 

5.4.2           Dimana kah Pendaftaran Syarikat Dibuat?

 

a     Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan yang disediakan di Unit Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
 

a     Permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam sistem berkomputer (CCIS).

 

5.4.3           Apakah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran?

 

a     Salinan Sijil pendaftaran syarikat.

a     Salinan Kad Pengenalan pintar.

 

 Keatas

6        LARANGAN DAN SEKATAN BAGI IMPORT DAN EKSPORT

 

Negara Brunei Darussalam masih mengenakan Larangan/Tegahan dan Sekatan/Kawalan keatas sebahagian jenis barangan sama ada untuk Import, Import semula, Eksport dan Eksport semula sepertimana yang terdapat dalam peruntukan Akta Kastam 1984 (Bab 28).  Terdapat 4 jadual dalam Perintah Kastam (Larangan dan Sekatan) bagi import dan eksport.

 

       Jadual Pertama: Larangan bagi import

Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini.

 

a       Dadah merbahaya seperti Opium, Heroin, Morphine, dan bahan-bahan Psychotrapic seperti LSD, DET, DMT, DOM, Mescaline, Barbiturates dan Amobarbital

a       Arms and ammunitions

a       “SALK” polio vaccine

a       Java sparrows (padda oryzivora)

a       Babi ternakan dalam negeri atau eksport dari Thailand

a       Fire crackers (known as “double bangers”)

a       Vaccines of Chinese Taipei origin

a       Cigarettes without health warning written on their package

a       Fabric of tissues consisting of any fibre whatsoever and of any other article whatsoever which fibre or tissue or other articles bear the imprint of any currency note, bank note or coin which are or have at any time been issue or current in any country whatsoever.

 

   Keatas    

Jadual Kedua: Sekatan Bagi import

Mana-mana orang adalah disekat untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal Kastam.

        

a       Any living plant or planting material

a       Live cattle and birds

a       Pin table, fruit machines, slot machines and any other tables or machines of a like nature whether involving an element of change or not

a       Persian glue

a       Poisons and deleterious drugs

a       Rice paddy and the products thereof

a       Separated skimmed or filled milk

a       Poh Ka,, Poh Kah or Poh Kau

a       Koyoh or Koyok

a       Liow Ko

a       Ch’ow Ko

a       Gula, Garam dan Converted Timber

a       Used (including reconditioned) motorcars, motorcycles, lorries, omnibuses, including mini buses, tractor and trailers

a       Alcohlic liquors

a       Any radioactive materials

 

      Keatas

Jadual Ketiga: Larangan bagi eksport

Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini.

      

a       Prawn refuse and copra cake

a       Stone or Gravel

      

      

Jadual Keempat:  Sekatan bagi eksport

Mana-mana orang adalah disekat untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal Kastam.

      

a       Derris Species (tuba)

a       Elaeis Quineesis (oil palm)

a       Rice, Paddy and product their of

a       Timber class 1A, 1B, 1C, Nibong, Rattans

a       Article of an antique or historical nature made or discovered in Brunei Darussalam

a       Kerosene

a       Cigarettes

a       Alcoholic Liquors

a       Sugar

a       Premium and Regular Gasoline

a       Diesoline

 Keatas

 

   LESEN ATAU PERMIT IMPORT / EKSPORT

 

7.1  Apa yang dimaksudkan dengan lesen atau permit ?

 

Lesen atau permit adalah pengesahan atau kebenaran yang diberikan/keluarkan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan dan yang bertanggungjawab keatas barang-barang tersebut sebelum barang-barang tersebut diimport atau dieksport.

 

7.2  Bagaimana lesen/permit diperolehi ?

 

Permohonan secara bertulis atau menggunakan borang tertentu (takluk kepada kehendak Jabatan/Agensi berkenaan) hendaklah dihadapkan kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap sesuatu barangan yang tergolong dalam sekatan dan kawalan. 

 

7.3  Adakah terdapat syarat tambahan selain dari lesen/permit yang dikeluarkan oleh Jabatan/Agensi yang bertanggungjawab ?

 

Terdapat sebahagian barang-barang sekatan atau kawalan memerlukan A.P Kastam (Approval Permit) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam selain dari lesen/permit yang dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan sebelum ianya diimport atau eksport.

Keatas 

7.4  Jenis barang-barang dan Jabatan / Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen/permit.

           

Jenis Barang-Barang

Jabatan / Agensi Kerajaan

Talian(Hotlines) / email


Bahan-Bahan Terbitan / Cetak, Filem, CD, LD, VCD, DVD, KASET, yang berunsurkan Ugama, bacaan Al-Quran, Hadith, Azimat buku-buku agama, barang-barang  (seperti kain / baju / dll) yang mempunyai cap/gambar yang meragukan
 

·Polis DiRaja Brunei
·Pusat Dakwah Islamiah

·
Keselamatan Dalam Negeri

·+673-2459500- info@police.gov.bn
·+673-2382525- info@pusat-dakwah.gov.bn 

·
+673-2223225- info@home-affairs.gov.bn

Daging-Daging Halal, Segar, Sejuk dan Beku  


·
Lembaga Mengeluarkan Permit
 Import Halal

·
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan  
·
Jabatan Pertanian
·Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja
 


·
+673-2382525- info@religious-affairs.gov.bn
·
+673-2381640- info@moh.gov.bn
·
+673-2380144- info@agriculture.gov.bn
·+673-2382333- info@customs.gov.bn



Senjata
Api, Bahan Letupan, Bunga Api, Senjata yang Merbahaya;
Besi-Besi Buruk.  
 

·Polis Diraja Brunei  

·+673-2459500- info@police.gov.bn


Tumbuh
-Tumbuhan, Tanaman, Binatang hidup, sayur, buah-buahan, Telur
  

·Jabatan Pertanian  

·+673-2380144- info@agriculture.gov.bn


Ikan, Udang, Kerang-Kerangan, Hidupan dalam air dan alat alat menangkap ikan dan sebagainya
 

·Jabatan Perikanan  

·+673-2382068- info@fisheries.gov.bn


Ubat-Ubatan, Jamu, Makanan Kesihatan, Minuman dan Makanan Ringan.

Racun
, bahan-bahan  kimia dan radioaktif.  
 

·Kementerian Kesihatan
(Rujuk Bahagian Kawalan Kualiti Permakanan di Jabatan Perkhidmatan
Kesihatan
(Rujuk Seksyen Penguatkuasaan Perubatan di
Jabatan Perkhidmatan Farmasi 

·+673-2381640- info@moh.gov.bn


Alat-Alat Pemancar dan Penerima Radio dan Alat-Alat Perhubongan seperti T
elefon, Mesin Fax, 'Walkie-Talkie' dan sebagainya.  
 

·Jabatan Telekom
-Industri Teknologi Info-
 Komunikasi (AiTi)

·+673-2382382- info@telekoms.gov.bn
·+673-2333780- aiti@brunet.bn


Kenderaan
terpakai seperti Kereta, Motosikal, Bas Mini, Pickup, Trak, Trailer dan kenderaan yang tidak berjentera seumpamanya Basikal  
 

·Jabatan Pengangkutan Darat  
·
Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja  

·+673-2451979- info@land-transport.gov.bn
·
+673-2382333- info@customs.gov.bn


Balak dan Hasil Balak
  
 

·Jabatan Perhutanan  

·+673-2381013- info@forestry.gov.bn


Lencana-Lencana, Baner, Cendera Kenangan yang menggambarkan bendera dan lambang kerajaan, Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bendera-Bendera dan Panji-Panji Kerajaan.

 

·Jabatan Adat Istiadat 

·+673-2243971- info@adat-istiadat.gov.bn


Barang-barang
Antik yang berunsukan sejarah yang dibuat atau didapati di Brunei.
 

·Jabatan Muzium-Muzium  

·+673-2244545- info@museums.gov.bn


Air galian
dan Bahan Binaan Bangunan seperti simen. 
 

·Kementerian Perindustrian dan
 Sumber-Sumber Utama

·+673-2382822- info@mipr.gov.bn


Beras
, Gula dan Garam  
 

·Jabatan Teknologi Maklumat dan
 Stor Negara

·+673-2423151- info@itss.gov.bn

 
 Peralatan
penyiaran seperti Parabola,
 Dekoder dan sebagainya
 
  ·Jabatan Perdana Menteri   ·+673-2242780- info@jpm.gov.bn

        

    

 Keatas

   PELEPASAN KASTAM

 

Barang-barang dagangan yang diImport, Eksport, Re-import dan Re-eksport hendaklah terlebih dahulu diikrarkan kepada Jabatan Kastam dengan menggunakan Borang Khas.  Permohonan tersebut beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan terlebih dahulu diteliti dan diluluskan sebelum barang-barang tersebut dibenarkan keluar dari kawalan Kastam.

 

          8.1    Dokumen sokongan

 

Borang Deklarasi Kastam yang dihadapkan hendaklah dalam 3 salinan dan disertakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut;

 

a)     Inbois atau surat belian.

b)     Surat Bayaran Tambang dan Insuran

c)      Delivery Order atau Air Waybill

d)     Packing List

e)     Surat wakil

 

Selain dari dokumen diatas, pengimport juga bertanggungjawab mengadakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pengimportan barangan berkenaan mengikut keperluan pihak Kastam bagi maksud ketepatan / kelurusan barangan yang  diikrar tersebut seperti berikut;

 

·        Pengakuan asal (certificate of origin).

·        Pengakuan Periksa (Certificate of analysis).

·        A.P (Approval Permit) yang diluluskan oleh Jabatan Kastam.

·        Lesen import yang diluluskan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan.

·        Pengesahan Import dari Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan.

·        Sijil Pengesahan dari Agensi yang diperakui diluar negeri.

·        Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Keatas 

          8.2    Kaedah pemerosesan

 

Terdapat dua kaedah pemerosesan borang-borang deklarasi yang dihadapkan seperti berikut;

 

                                  A.       Penggunaan diskette (soft copy)

Data dan maklumat yang terdapat dalam diskette secara automatik  dimasukkan kedalam sistem CCIS.

 

                                  B.       Penggunaan borang deklarasi sahaja

Data dan maklumat akan dimasukan secara manual kedalam sistem CCIS

 

Nota:

Borang Deklarasi Kastam (Customs Declaration Form) masih dikehendaki untuk dihadapkan kepada pegawai-pegawai kastam bertugas bagi kedua-dua kaedah ini yang dinyatakan diatas.

 

          8.3    Bagaimana  permohonan diproses?

 

                            8.3.1    Pendaftaran

 

    Pendaftaran borang deklarasi kastam dibuat oleh Pegawai-pegawai kastam yang bertugas, termasuk;

 

                                  i.          Mengesahkan penerimaan permohonan seperti tarikh dan waktu penerimaan.

                                 ii.         Meneliti kod perjenisan barangan (commodity code)

                                iii.        Meneliti harga barangan (termasuk harga tambang, insurance dan lain-lain kos berkaitan dengan barang yang dimport selain dari cukai Kastam - CIFc)

                                 iv.        Menentukan cukai import bagi barangan bercukai.