(i)
Perlaksanaan Sistem WTO "Valuation" dalam tahun
2000. Objektif Perlaksanaan WTO "Valuation" adalah seperti
dibawah :-
(a) Bagi Memastikan penilaian harga mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan
oleh WTO dan yang lebih utama lagi komitat negara kepada APEC yangmana WTO
"Valuation" adalah salah satu agendanya.
(b) Bagi menghindarkan atau mengelakkan perbuatan pengikraran harga yang rendah
atau tinggi (under or over valuation)
(c) Bagi meningkatkan "Revenue" (Hasil Kutipan Cukai)
(d) Mengujudkan "Level Compliances" kepada sebahagian besar
pengimpot-pengimpot atau agent-agent kastam
(ii) Perlaksanaan modul "Permit" secara berkomputer bagi awal
tahun 1999
Termasuk pemerosisan Permohonan "Approval Permit",
"Import Permit" dan "Exempted Permit" secara berkomputer
untuk di rangkai ke sistem "CCIS".
Objektif Perlaksanaan modul "Permit"
(a) Bagi mengemaskinikan pengawalan barang-barang sekatan dan larangan
(b) Mempertingkatkan efisiensi pemerosesan permohonan mengikut peraturan yang
sedia ada.
Terdapat beberapa perubahan atau pindaan kepada Perintah Cukai Import
Kastam 1973 yang dibuat selaras dengan dasar ekonomi negara dan juga selaras
dengan perkembangan hal ehwal perdagangan antarabangsa.
Diantara pindaan-pindaan tersebut adalah seperti berikut:-
(i) Pindaan pada 1hb Disember 1994
Iaitu kenaikan cukai bagi Tobacco/Rokok yang dinaikkan daripada diantara
($6.00 - $10.00 per Ib) kepada diantara ($30.00 - $100 per Kgm).
(ii) Pindaan pada 2hb Februari 1995
Iaitu kenaikan cukai bagi kenderaan kenaikan daripada 20% kepada
diantara 40% - 200% mengikut kategori kenderaan.
(iii) Pindaan pada 1hb April 1995
Iaitu penurunan cukai bagi barang-barang kegunaan "domestic"
sebagai contoh perfumes (turun dari 30% ke 5%), perabut, Airconditioning, TV,
radio diturunkan tariff cukai daripada 20% kepada 5%.
(iv) Pindaan pada 14hb Oktober 1996
Iaitu peniadaan cukai bagi textiles dan pakaian daripada 10%.
(v) Pindaan pada 11hb Ogos 2001
Iaitu penilaian bagi barang-barang import hendaklah bertepatan dengan kehendak
dan pertauran Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa [World Trade Organisation (WTO)].
Pindaan ini juga meliputi Odit Pasca Pelepasan (OPP) bagi barang-barang yang
telah dikeluarkan dari kawalan Kastam.
(vi) Pindaan pada 6hb November 2001
Iaitu penurunan cukai bagi kenderaan kepada 20% yang pada asalnya cukai mengikut
kategori kenderaan (Pindaan 2 Februari 1995).