JABATAN INI MEMPUNYAI 5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UTAMA:
 

  1. Melaksanakan kutipan cukai-cukai import.

·      Hasil utama Kastam adalah hasil kutipan cukai-cukai import. Kadar cukai adalah berasaskan kepada Perintah Cukai Import Kastam 1973, yang berkuatkuasa mulai 15hb Januari 1973.  Didalam perintah tersebut cukai eksport telah pun ditiadakan.

 

  1. Menguatkuasakan Akta Kastam 1984 dan Undang-Undang serta segala Peraturan yang berkaitan.

·      Pegawai-Pegawai bertugas di Pos-Pos Kawalan melakukan pemeriksaan kepada penumpang, kenderaan dan barang-barang yang keluar dan masuk. Pemeriksaan dilakukan secara rambang “random check” dan jika dicurigai maka pemeriksaan 100% akan dijalankan.

·      Pelaksanaan aktibiti-aktibiti perisikan dan pengintipan yang dikendalikan dari masa kesemasa bagi maksud meningkatkan peroperasian.

·      Peranan orang ramai menyumbang maklumat juga penting kearah pencegahan dan pembentrasan kegiatan yang menyalahi Peraturan dan Undang-Undang Kastam.

·      Manakala di peringkat antarabangsa pula, pegawai-pegawai di jabatan ini telah pun menghadiri beberapa latihan, seminar dan mesyuarat didalam usaha dan kegiatan kerjasama dengan Pentadbiran Kastam dari negara-negara ahli pertubuhan seperti ASEAN, APEC dan WCO dalam usaha mewujudkan sistem pertukaran maklumat di dalam bidang penguatkuasaan undang-undang perkastaman.

 

  1. Sebagai agensi penyelaras kepada Jabatan-Jabatan lain bagi pengawalan ke atas barang-barang sekatan dan larangan. 

·      Membantu Jabatan-Jabatan Kerajaan di dalam pengawalan ke atas barang-barang sekatan dan larangan demi menjaga kepentingan, kehormatan dan kedaulatan negara.

·      Lesen / permit kebenaran dari jabatan-jabatan tertentu perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum jabatan ini membenarkan masuk atau keluar barang-barang yang telah disenaraikan di bawah kawalan / sekatan.

 

  1. Memberikan kemudahan kepada pengusaha-pengusaha tempatan bagi menggalakkan aliran perdagangan serta pembangunan ekonomi Negara.

·     Memberikan perkhidmatan dan kemudahan seperti pengecualian cukai import kastam ke atas peralatan, perkakas, mesin, dan bahagian-bahagiannya yang diimport  khas untuk perusahaan di bawah bab 32 (A) Jadual Pertama, Perintah Cukai Impot Kastam 1973.

·     Memberikan kemudahan import sementara bagi tujuan pameran, dan barang-barang contoh.

·     Memberikan perkhidmatan dan kemudahan bagi kemasukkan barang-barang persinggahan (transit) melalui negara ini menuju ke negara-negara jiran.

 

  1. Mendukung Keselamatan Perdagangan Antarabangsa

·        Melidungi Masyarakat daripada gejala sosial.

·        Membantu mengatasi masaalah ancaman wabak penyakit.

·        Mengawal pengimportan bahan-bahan kimia yang boleh memberi ancaman pencemaran persekitaran.

·       Mengawal pengeksportan binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan yang melibatkan kemusnahan dan kepupusan kejadian alam semula jadi.

·        Membantu mengatasi ancaman kegiatan jenayah dan penganasan yang melanda masyarakat dunia ketika ini.