· KLASIFIKASI (CLASSIFICATION)
· KEBENARAN MASUK (APPROVAL PERMIT -AP)
Penilaian
(harga) kastam bagi barangan yang diimport berasaskan kepada rule atau kaedah
yang dipraktiskan didalam perjanjian WTO Valuation Code. Penilaian yang dibuat
mengikut kaedah-kaedah seperti berikut;
Kaedah1 : Harga sebenarnya dibayar atau akan dibayar keatas
barang-barang tersebut. Nilai tambang,
insuran dan kos-kos pengangkutan juga akan dimasuk kira dalam menentukan nilai
harga sebenar bagi maksud pengiraan cukai kastam
Kaedah
2
: Harga bagi
barang-barang yang sama
Kaedah
3 : Harga
bagi barang-barang yang serupa
Kaedah 4
: Nilai Tolakan
(Deductive)
Kaedah
5
: Nilai Campuran
(Computed)
Kaedah
6
: Kaedah
Anjal dan Munasabah (Flexible and Reasonable)
Dalam
membuat penilaian, pihak Kastam akan menggunakan rule atau kaedah secara hiraki
bukan sebaliknya sebagai contoh jika kaedah 1 gagal untuk mencapai nilai
(harga) sebenar maka kaedah ke 2 boleh digunapakai dan begitulah seterusnya.
Negara
Brunei Darussalam menetapkan bahawa selain dari nilai barangan yang ditentukan
melalui kaedah, beberapa elemen atau kos
seperti dibawah akan juga dimasuk kira bagi maksud mengenakan cukai import
Kastam iaitu kaedah penggunaan CIFc antaranya;
i.
Insuran
ii.
Tambang
iii.
Caj perkhidmatan dan
iv.
Semua caj-caj yang dikenakan terhadap pembelian dan penghantaran
barangan tersebut ditempat cukai import dibayar seperti Komesen Jualan, Royalti
dan bayaran lesen.
2.1 Kaedah
Klasifikasi
(classification) barangan yang dilaksanakan oleh Jabatan ini adalah mengikut
piawaian (standard) Konvensyen antarabangsa keatas “Harmonized Commodity and
Coding System” iaitu dalam versi 1996. Bagaimanapun buat masa ini Negara
Brunei Darussalam belum lagi mengikuti piawaian (standard) tersebut dengan
sepenuhnya.
2.2 Apakah tanggungjawab pengimport / Pengeksport
keatas perjenisan ?
Pengimport
/ pengeksport atau wakilnya bertanggungjawab untuk menentukan perjenisan
(classification) keatas barangan yang mereka import atau eksport.
2.3 Bagaimana jika terdapat keraguan dalam perjenisan
(classification) ?
i)
Pengimport
/ pengeksport atau wakilnya bolehlah mendapatkan khidmat perjenisan di Unit
Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
ii)
Rujukan
dalam bentuk phamplets, brochures dan lain-lain ataupun contoh barangan (jika
perlu) hendaklah dihadapkan bersama.
iii) Proses menentukan
perjenisan boleh diselesaikan dalam masa 3 hari waktu bertugas.
2.4 Pra perjenisan barangan (Pre Entry Classification)
Bagi membantu dan memudahkan golongan peniaga dalam
mengenalpasti dalam perjenisan barangan dengan lebih tepat terutama yang
berkaitan dengan percukaian sistem pra perjenisan pemohon bolehlah
menghadapkan permohonan kepada Unit Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan
Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
2.5 Apa yang dimaksudkan dengan Pra perjenisan
barangan?
a Pra perjenisan adalah
kaedah bagi menentukan perjenisan sesuatu barangan sebelum barangan tersebut didatangkan.
a Kaedah ini juga boleh membantu
golongan peniaga dalam menghindarkan sebarang keraguan yang berkaitan dengan
perjenisan dan juga percukaian.
2.6 Adakah perjenisan melalui sistem ini dikira sah
atau boleh dibatalkan ?
a Perjenisan yang
ditentukan melalui sistem ini dikira sah dan diterima pakai sewaktu pengikraran
di kaunter-kaunter kastam dilakukan.
a Perjenisan melalui
kaedah ini tidak akan dikira sah jika barangan yang didatangkan tidak menepati
atau bercanggah dengan contoh-contoh barangan yang dikemukakan.
2.7 Bagaimana dan dimana permohonan bagi sistem ini
dihadapkan ?
a Sesiapa yang berhajat untuk
mendapatkan khidmat tersebut bolehlah mendapatkan borang permohonan dan
dihadapkan kepada Unit Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan
Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
a Borang tersebut hendaklah
dihadapkan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dan betul
seperti, phamplets, brochures dan lain-lain keterangan yang berkaitan ataupun
contoh barangan (jika perlu).
2.8 Adakah bayaran (Fees) dikenakan ?
Pada masa ini Jabatan Kastam dan Eksais Diraja tidak
mengenakan sebarang bayaran atau fee bagi mendapatkan perkhidmatan pra
perjenisan (pre entry classification).
2.9 Berapa lamakah permohonan ini diproses ?
a Permohonan ini akan
diproses dalam masa 7 hari waktu bekerja.
a Permohonan yang kurang
lengkap akan dimaklumkan kepada pemohon oleh pihak Kastam bagi maksud mendapatkan
sebarang maklumat atau sebagainya.
Import
semula merupakan salah satu kemudahan yang membolehkan sesuatu barangan
tempatan bercukai atau yang pada asalnya diperolehi dinegara ini dieksport bagi
maksud-maksud tertentu dan kemudian diimport semula seperti berikut;
* Untuk proses dibaikpulih
sama ada masih dalam lingkungan jaminan atau rosak.
Sebelum barangan terutama barangan bercukai
tersebut dieksport, pemilik atau wakilnya hendaklah terlebih dahulu
menghadapkan permohonan ke Jabatan Kastam bagi mendapatkan kebenaran. Kegagalan
dalam berbuat demikian menyebabkan barangan tersebut akan dikenakan cukai
import penuh semasa ianya diimport semula.
Selain dari dokumen yang lazimnya dikehendaki, pengimport juga dikehendaki menghadapkan
dokumen seperti berikut;
* Borang deklarasi eksport
serta dokumen berkaitan yang digunakan semasa barangan tersebut dikeluarkan dan
disahkan oleh pegawai Pemeriksa Kastam.
*
Surat
kebenaran eksport dari Jabatan Kastam.
* Dokumen-dokumen yang berkaitan
* Import deklarasi
(I)
Cukai bagi
barang-barang yang diimport semula (re-import) hanya dikenakan keatas
elemen-elemen seperti berikut;
·
· Kos-kos pembaikan
·
· Kos Tambang dan Insuran
(eksport atau eksport semula dan import semula)
·
Lain-lain kos
yang bersangkut paut dengan barangan yang diimport semula.
(II)
Cukai penuh
Cukai penuh akan dikenakan atas sebab berikut;
·
Jika
pemohon yang gagal membuktikan atau mengadakan borang eksport deklarasi dan dokumen
yang berkaitan semasa pengeksportan barangan tersebut. Mesin atau barangan yang
diimport semula akan dikenakan cukai import penuh tertakluk kepada nilai semasa
barangan tersebut yang akan ditentukan oleh Jabatan Kastam.
·
Jika
barang-barang yang diimport semula telah mendapat kebenaran “drawback” selepas
ianya dikeluarkan.
·
Jika rupa,
bentuk dan sifatnya telah berubah dari bentuk asalnya.
Negara Brunei Darussalam belum lagi mengikuti A.T.A
Carnet Convention. Bagaimanapun Jabatan Kastam begitu komited dalam
memudahlancarkan aliran barang-barang yang dibawa masuk secara sementara tanpa
dikenakan cukai import tertakluk kepada maklumat yang tercatit dibawah.
a Barang-barang untuk pertunjukkan dan demonstrasi
a Barang-barang contoh perdagangan
(A)
Bagi maksud
pertunjukan atau demonstrasi kepada orang ramai, surat kebenaran hendaklah
terlebih dahulu diperolehi dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
(B)
Barang-barang
untuk demonstrasi kepada Agensi-agensi Kerajaan atau syarikat persendirian,
surat pengesahan dari Agensi atau syarikat yang berkenaan hendaklah terlebih
dahulu diperolehi.
(C)
Surat
permohonan untuk import sementara beserta surat kebenaran atau pengesahan dari
agensi atau syarikat yang berkaitan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan kastam.
a Dalam masa 3 bulan dari tarikh
barangan tersebut dimasukkan.
a Hendaklah dikeluarkan selepas
tempoh tarikh yang dibenarkan.
a Tempoh masa kebenaran boleh
dilanjutkan sehingga tidak melebihi 6 bulan dari tarikh import yang pertama
tertakluk kepada kebenaran Pengawal Kastam.
Cukai import penuh akan dikenakan keatas
barang-barang tersebut.
Wang jaminan dalam bentuk Tunai atau Cek bank yang
terjamin akan dikenakan mengikut jumlah cukai import keatas barang-barang yang
diimport sementara.
Wang jaminan akan dikembalikan semula sebaik sahaja
barang-barang tersebut dikeluarkan dan segala syarat-syarat eksport dipatuhi.
A.
“Pulangan Balik Cukai
(Refund)” adalah
merupakan pengembalian wang yang telah dibayar lebih oleh pengimport. Bab 13
Akta Kastam memberi kuasa kepada Pengawal Kastam untuk mengembalikan mana-mana
wang yang telah dibayar lebih sebagai cukai kastam, sewa gudang atau lain-lain
bayaran dibawah Undang-undang ini.
B.
“Tarikan Balik Cukai
(Drawback)” merupakan
bayaran balik sebanyak 9/10 dari cukai import yang telah dibayar keatas
mana-mana barang yang diimport kemudian dieksport semula.
Pulangan Balik Cukai (Refund) dan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hanya dibolehkan
jika tuntutan mengenainya dibuat dalam masa 12 bulan dari tarikh bayaran cukai
import dibuat.
B.
Barang-barang
pelawat dan barang-barang contoh perniagaan
C.
Barang-barang
yang diimport bagi kegunaan perusahaan iaitu campuran kepada mana-mana barang
yang diperbuat dalam negara ini dan kemudian dieksport semula.