SYARAT-SYARAT  BAGI  MASUK  SEMENTARA  KENDERAAN  PERSENDIRIAN  DAN  PERNIAGAAN
 

  1. Pelawat hanya berkelayakan untuk memohon kebenaran masuk sementara kenderaan persendirian.
     

  2. Kenderaan hendaklah dipunyai oleh pemohon.  Bagi kenderaan bukan milik pemohon, hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada pemilik.
     

  3. Kebenaran masuk sementara boleh digunakan tidak melebihi 1 bulan dari tarikh dikeluarkan di mana-mana pos Kawalan Kastam.  Kebenaran ini hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai Kastam yang bertugas apabila tiba dan sebelum berlepas dari Pos Kawalan Kastam.
     

  4. Setiap pemohon dan kenderaan yang digunakan bagi maksud kebenaran masuk sementara mestilah mematuhi Akta Lalulintas Jalan Raya, Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa pada masa ini.
     

  5. Sebarang kerosakan atau kemalangan berlaku terhadap kenderaan tersebut semasa di dalam negara ini, yang mengakibatkan kenderaan tersebut untuk dimusnahkan di dalam negeri ini, mestilah dilaporkan dengan segera kepada mana-mana Pejabat Kastam.
     




Borang Masuk Sementara bagi Kenderaan
Persendirian dan Perniagaan